Surat terbuka Zaid Ibrahim kepada PM
Sep 30, 08 2:37pm
Sewaktu mengisytiharkan kemerdekaan negara, Perdana Menteri pertama kita
telah melaungkan aspirasi dan mimpi indah rakyat Malaya: bahawa Malaya
adalah diasaskan di atas prinsip-prinsip kebebasan dan keadilan serta di
atas janji bahawa kita beramai-ramai akan sentiasa berjuang bagi
meningkatkan lagi kebajikan dan kebahagiaan rakyatnya.
Bertahun telah berlalu sejak peristiwa penting itu berlangsung, namun
aspirasi dan mimpi tersebut masih benar dan masih relevan kepada kita
hari ini sepertimana ia benar dan relevan kepada kita sebelum ini. Ini
dimungkinkan dengan adanya satu pegangan teguh terhadap asas-asas negara
pada peringkat awal kewujudannya. Perlembagaan Persekutuan dan
undang-undang yang dibuat sehubungan dengannya diletakkan di atas asas
yang kukuh di mana ia menggabungkan elemen-elemen penting demokrasi yang
dibina di atas Kedaulatan Undang-Undang.
tunku abdul
rahman<http://media1.malaysiakini.com/128/4cc4a92750322031979748a2e7fcb8
20.jpg> Satu ketika dahulu, Kehakiman Malaysia sangat dihormati oleh
warga Malaysia malah turut dijadikan panduan oleh negara-negara lain.
Perdana Menteri-Perdana Menteri kita yang terdahulu, Tunku Abdul Rahman,
Tun Razak and Tun Hussein Onn, adalah pemimpin-pemimpin yang sangat
berintegriti, adalah pejuang-pejuang mengikut cara mereka yang
tersendiri dan, yang paling penting sekali, adalah individu-individu
yang serba sederhana. Mereka mempunyai kepercayaan terhadap
prinsip-prinsip dan nilai-nilai yang terkandung dalam Perlembagaan kita
dan membina negara ini berpandukan kepadanya.
Tatkala mereka terpaksa meluluskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA),
1960, sekalipun mereka melakukannya dengan sangat berhati-hati dan
dengan bersikap apologetic mengenainya. Tunku menyatakan dengan jelas
bahawa tujuan Akta ini diluluskan adalah bagi menangani ancaman komunis.
'Saya dan rakan-rakan saya dalam kabinet berjanji kepada Parlimen dan
kepada negara bahawa kuasa-kuasa luas yang diberikan kepada Kerajaan di
bawah ISA tidak sesekali akan digunakan bagi mengekang bangkangan dan
ketidaksetujuan yang dibuat mengikut undang-undang' adalah apa yang
diucapkan oleh Tunku dahulu. Ketetapan ini dikukuhkan lagi kemudiannya
oleh Perdana Menteri ketiga kita, Tun Hussein Onn, yang menyatakan
bahawa ISA bukanlah dimaksudkan untuk mengekang bangkangan politik yang
dibuat secara sah atau untuk menyekat aktiviti demokrasi rakyat.
Beberapa peristiwa yang berlaku tiga minggu lepas bagaimanapun telah
memaksa saya mengkaji semula cara ISA digunakan. Sungguh menyedihkan
sekali kerana kesimpulan yang saya perolehi darinya ialah bahawa
Kerajaan telah berulang-ulang kali menghampakan rakyat negara ini dengan
berulang-ulang kali juga memungkiri janji yang dibuat oleh Tunku Abdul
Rahman tersebut.
Ini berlaku kerana Kerajaan dan undang-undang yang digubalnya telah
dengan secara tidak betul memberi kuasa kepada Menteri Dalam Negeri
untuk menahan sesiapa sahaja atas apa sahaja alasan yang difikirkannya
perlu. Budi bicara yang subjektif ini telah disalahgunakan bagi menjaga
kepentingan-kepentingan politik tertentu.
Sejarah adalah guru agung yang dapat menjelaskan banyak perkara dalam
hal ini. Semakan sepintas lalu ke atas cara ISA digunakan sejak ia
diluluskan sekalipun akan mendedahkan betapa tujuan asal ISA telah
dikesampingkan oleh keperluan politik semasa.
Adalah dikesali yang Tunku Abdul Rahman sendiri pun telah memungkiri
janjinya. Pada 1965, pentadbirannya telah menahan Burhanuddin Helmi,
iaitu seorang intelektual Melayu yang cukup hebat dan seorang nasionalis
yang kebetulannya juga turut menjadi seorang pemimpin PAS. Dia telah
diletakkan dalam tahanan sehingga dia meninggal dunia pada 1969.
Helmi hanyalah seorang musuh politik dan tidak dapat dibayangkan yang
dia boleh dikatakan terlibat dalam pemberontakan bersenjata atau
komunisme yang ISA dirangka untuk menangani. Penahanannya ini adalah
sesuatu yang menyimpang dan menjadi satu detik menyedihkan di mana
kepentingan politik telah dibenarkan mengatasi Kedaulatan Undang-Undang.
Ia malangnya seakan menjadi satu 'precedent' dan banyak lagi penahanan
ke atas individu-individu yang dianggap menjadi ancaman kepada
pentadbiran waktu itu menyusulinya tahun demi tahun. Malah tokoh
kesusasteraan kita, 'sasterawan negara' Allahyarham Tan Sri A. Samad
Ismail juga telah ditahan di bawah ISA pada 1976. Bagaimana mungkin
beliau boleh menjadi satu ancaman kepada keselamatan negara?
Tidak perlulah saya mengingatkan anda mengenai impak dahsyat Operasi
Lalang 1987. Kesannya menghantui Kerajaan sepertimana juga ia menghantui
rakyat negara ini yang cintakan keamanan kerana ia menebarkan kegelapan
ke atas setiap dari kita. Terdapat banyak soalan yang masih belum
terjawab mengenai detik-detik gelap tersebut bila lebih daripada seratus
orang telah ditahan kerana dikatakan menjadi ancaman terhadap
keselamatan negara. Sebab mengapa mereka ditahan tidak pernah dinyatakan
dengan jelas kepada rakyat Malaysia.
Begitu juga tiada penjelasan diberikan tentang sebab mengapa mereka
tidak pernah didakwa di mahkamah. Termasuk dalam senarai mereka yang
ditahan ini adalah beberapa Ahli Parlimen kanan pembangkang yang masih
lagi aktif dalam Parlimen hari ini. Sesatunya perkara yang benar-benar
jelas mengenai tempoh itu adalah UMNO pada waktu itu sedang berhadapan
dengan satu krisis kepimpinan. Apakah ia bukan satu kebetulan yang
tangkapan-tangkapan di bawah ISA baru-baru ini berlaku bila UMNO sekali
lagi mengalami satu krisis kepimpinan?
isa
distribute<http://media1.malaysiakini.com/58/370c65afc7af1d2500e698f0948
27162.jpg> Pada 2001, aktivis-aktivis 'reformasi' Keadilan telah ditahan
dalam satu tindakan yang kemudiannya diisytiharkan sebagai dibuat secara
tidak betul dan tidak sah oleh Mahkamah Persekutuan. Penahanan
berterusan mereka yang tidak dibebaskan lebih awal di pusat tahanan
Kamunting hanya dibolehkan kerana ISA telah dipinda dalam cara yang
meragukan pada 1988 bagi tidak lagi membenarkan semakan kehakiman dibuat
ke atas arahan Menteri untuk menahan. Rakyat Malaysia dimaklumkan bahawa
tahanan-tahanan ini telah cuba menggulingkan Kerajaan melalui cara-cara
militan dan demonstrasi-demonstrasi liar.
Tujuh tahun telah berlalu sejak kejadian ini berlaku tetapi hingga kini
belum ada sebarang bukti bagi menyokong dakwaan ini dikemukakan.
Menambahkan lagi kekeliruan rakyat, salah seorang daripada mereka yang
dikatakan "ganas dan militan" itu ialah Ezam Mohamad Noor. Inilah
orangnya yang baru-baru ini disambut kembali ke dalam UMNO dengan
sambutan besar-besaran, seolah-olah ianya merupakan satu kejayaan besar.
Lebih kurang pada masa yang sama, ahli-ahli PAS juga telah ditahan
kerana dikatakan menjadi militan dan kerana kononnya mempunyai pertalian
dengan rangkaian pengganas antarabangsa. Mereka yang ditahan itu
termasuklah Nik Adli, anak kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
Menteri Besar Kelantan. Kerajaan ketika itu berjanji akan mendedahkan
kepada rakyat Malaysia mengenai bukti kegiatan-kegiatan ganas dan
pertalian tahanan-tahanan ini. Sehingga sekarang tiada bukti sebegini
pernah diberikan.
Formula yang sama telah digunakan pada akhir 2007 bila 5 pemimpin
HINDRAF ditahan. Rakyat Malaysia dimaklumkan sekali lagi bahawa
individu-individu ini terlibat dalam aktiviti-aktiviti penggulingan
Kerajaan dan mempunyai perkaitan dengan gerakan militan Pemisah Tamil
Eelam Sri Lanka. Sehingga sekarang tiada bukti kukuh pernah dikemukakan
bagi menyokong dakwaan ini.
Jadi apa yang boleh dilihat ialah kelima-lima mereka ditahan kerana
melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang membawa kepada satu
mobilisasi masyarakat India Malaysia bagi meluahkan secara aman
kekecewaan mereka ke marginalisi yang dilakukan ke atas masyarakat
mereka. Perjuangan ini kemudiannya telah diiktiraf sebagai satu
perjuangan yang sah. Demonstrasi HINDRAF bukanlah sesuatu yang luar
biasa kerana perhimpunan-perhimpunan seperti itu diiktiraf di seluruh
dunia sebagai satu cara pernyataan yang sah.
Dalam nada yang sama, asas-asas yang diberikan bagi menyokong penahanan
terbaru Tan Hoon Cheng, Teresa Kok dan Raja Petra Kamarudin menimbulkan
banyak persoalan. Penjelasan bahawa Tan Hoon Cheng ditahan bagi menjamin
keselamatan dirinya adalah melucukan. Kenyataan bahawa Teresa Kok telah
menyalakan sentimen-sentimen keagamaan juga adalah tidak berasas
sebagaimana terbukti oleh pembebasannya selepas itu.
isa 3 teresa raja petra tan hoon
cheng<http://media1.malaysiakini.com/142/2c5fef187849b69a5ee1bfa99280abd
8gif> Mengenai pengkritik tersohor Kerajaan, Raja Petra Kamarudin pula,
semakan ke atas tulisan-tulisannya akan menunjukkan bahawa dia mungkin
telah menghina Kerajaan dan individu-individu tertentu di dalam
Kerajaan. Bagaimanapun, bersikap kritikal dan menghina tidak boleh dalam
apa cara pun dianggap sebagai satu ancaman terhadap keselamatan negara.
Jika tulisan-tulisannya dianggap menghina Islam, orang-orang Islam atau
Nabi Muhammad (saw), dia sepatutnya didakwa di bawah Kanun Keseksaan dan
bukannya ditahan di bawah ISA.
Apa pun, dia juga telah didakwa atas kesalahan menghasut dan melakukan
fitnah jenayah berhubung dengan beberapa kenyataannya. Dia telah meminta
dibicarakan, dan ini menunjukkan kesediaan serta kemampuannya untuk
mempertahankan dirinya sendiri. Cara terbaik bagi memastikan keadilan
terlaksana adalah dengan memberikannya peluang mempertahankan dirinya di
mahkamah lebih-lebih lagi di mana dalam pandangan umum Kerajaan adalah
dalam satu kedudukan konflik kerana telah menjadi sasaran kritikan
kerasnya.
Contoh-contoh yang diberikan di atas menjadi petanda jelas bahawa
Kerajaan yang ada sekarang adalah sebuah Kerajaan yang tidak demokratik.
Perspektif inilah yang telah sejak lebih 25 tahun lalu membawa kepada
Kerajaan kelihatan dengan sewenang-wenangnya menahan musuh-musuh
politik, pejuang-pejuang pertubuhan sivil dan kepenggunaan,
penulis-penulis, usahawan-usahawan, pelajar-pelajar dan
wartawan-wartawan yang kesalahannya, jika ia boleh dikatakan sebagai
kesalahan, adalah bersikap kritikal terhadap Kerajaan. Bagaimana
individu-individu ini boleh dianggap sebagai ancaman terhadap
keselamatan negara adalah di luar dari kefahaman saya. Realiti yang
terbukti adalah ketidaksetujuan yang dibuat secara sah telah dan sedang
dikekang melalui penggunaan secara semberono ISA.
Terdapat mereka yang menyokong dan memperjuangkan bacaan secara
'carte-blanche' ISA ini. Mereka akan berusaha untuk meyakinkan anda
bahawa kepentingan-kepentingan negara memerlukan kuasa sebegitu
dikekalkan dan bahawa keamanan dan kestabilan yang dinikmati rakyat
Malaysia adalah disebabkan oleh kewujudan undang-undang seperti ISA ini.
Ini bagaimanapun gagal mengambil kira fakta asas bahawa rakyat Malaysia
dari semua kaum mengagungkan keamanan. Kita hidup bersama secara aman
sejak 400 tahun lepas bukan kerana adanya undang-undang ini tetapi
walaupun adanya undang-undang ini.
Saya percaya rakyat negara ini sudah cukup matang dan bergeliga bagi
membezakan di antara tindakan-tindakan yang merupakan satu ancaman
'sebenar' terhadap negara dengan tindakan-tindakan yang mengancam
kepentingan-kepentingan politik. Rakyat Malaysia telah mengetahui bahawa
ISA digunakan terhadap musuh-musuh politik dan kelihatannya bila
kepimpinan sedang menghadapi cabaran sama ada dari dalam parti
pemerintah sendiri atau dari elemen-elemen luar.
Rakyat Malaysia hari ini mahu melihat sebuah Kerajaan yang komited
terhadap proses mahkamah bagi menentukan kebersalahan atau
ketidakbersalahan walaupun untuk tindakan-tindakan yang dikatakan
mengapi-apikan sentimen perkauman atau keagamaan. Kini mereka tidak
begitu mempercayai bahawa hanya seorang individu, iaitu Menteri Dalam
Negeri, yang paling tahu mengenai soal-soal keselamatan negara walaupun
mereka sebelum ini pernah mempercayainya. Mereka menghargai kebebasan
dan perlindungan ke atas kebebasan-kebebasan sivil dan ini pun benar
bagi rakyat negara-negara lain juga.
YAB Perdana Menteri, keputusan-keputusan Pilihan Raya Umum lalu adalah
petunjuk jelas bahawa rakyat Malaysia sedang menuntut satu pemulihan
semula Kedaulatan Undang-Undang. Saya telah dilantik sebagai menteri
yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal undang-undang dan reformasi
kehakiman, walaupun hanya sekejap. Dalam kapasiti itu, saya dapat
memahami dengan lebih mendalam betapa ramai dari kita mahukan reformasi,
bukan semata-mata atas kepentingan reformasi itu, tetapi atas tahap di
mana institusi-institusi kita telah dilemahkan oleh kejadian-kejadian
dan impak yang dihadapkannya kepada masyarakat.
zaid ibrahim resignation from ministerial post 160908
01<http://media1.malaysiakini.com/143/abda2e668117f5e01c7b5ae3c1d0a3fd.j
pg> Dengan restu anda, saya telah cuba menggerakkan reformasi. Berada di
atas dalam senarai keutamaan saya adalah satu pemulihan semula ke atas
kuasa kehakiman (judicial review) yang boleh dilakukan melalui satu
pengembalian semula satu peruntukan penting perlembagaan ke bentuk
sebelum ia dipinda secara kontroversial pada 1988. Tidak perlulah saya
mengingatkan anda bahawa pindaan perlembagaan itu didorong oleh satu
siri peristiwa sama yang membawa bukan hanya kepada Operasi Lalang
tetapi juga kepada pemecatan Ketua Hakim Negara dan dua Hakim Mahkamah
Agung pada waktu itu.
Salah satu keutamaan saya ialah cara dalam mana bidang kuasa dan kuasa
Mahkamah-Mahkamah untuk membuat pembetulan ke atas tindakan wewenang dan
di luar perlembagaan Eksekutif telah dikeluarkan oleh Parlimen dan tahap
di mana ini telah menyebabkan berlakunya kemerosotan ke atas
kebebasan-kebebasan sivil rakyat Malaysia. Pindaan perlembagaan inilah
yang telah membuka jalan kepada peruntukan 'ouster' dalam ISA yang
secara efektifnya memberi imuniti kepada Menteri dari semakan kehakiman,
di mana ini adalah satu peruntukan yang menjadi contoh betapa pindaan
perlembagaan 1988 telah membuka ruang untuk berlakunya ketidakadilan.
Saya juga telah cuba memperkenalkan cara-cara dengan mana
langkah-langkah boleh diambil bagi membantu Kehakiman memperolehi semula
reputasi kebebasan dan kecekapan yang pernah dipunyainya dahulu.
Malangnya, ini dianggap tidak diperlukan oleh sesetengah pihak kerana
Kehakiman yang bebas akan membawa makna Eksekutif akan menjadi kurang
'berpengaruh'.
Saya telah cuba melakukan perkara-perkara ini dan perkara-perkara lain
kerana menyedari Kedaulatan Undang-Undang dan tradisi-tradisi demokratik
di Malaysia sedang terhimpit. Apa pun, tiada orang yang rugi dengan
memberikan setiap rakyat negara ini sebuah Kehakiman yang bebas dan
peluang ke atas satu perbicaraan yang adil. Ini adalah konsisten dengan
norma-norma sejagat mengenai hak-hak asasi manusia dan ia juga adalah
konsisten dengan ajaran-ajaran Islam, iaitu agama bagi Persekutuan.
Kuasa tidak terbatas untuk menahan atas kehendak seorang individu adalah
penindasan yang paling tinggi. Malah, di Israel, iaitu sebuah negara
yang sentiasa berada dalam keadaan berperang sekalipun, kuasa untuk
menahan tidak diberikan pada seorang individu seperti di Malaysia dan
arahan-arahan penahanan memerlukan pengesahan daripada seorang hakim.
Jika terdapat pertimbangan-pertimbangan keselamatan negara, maka ini
boleh ditangani tanpa mengenepikan kawalan-kawalan keselamatan yang
dimaksudkan bagi melindungi rakyat dari dihukum secara tidak betul..
Dalam bidang-bidang kuasa lain yang terlibat dalam konflik-konflik
bersenjata, perbicaraan-perbicaraan dikendalikan secara sulit bagi
membenarkan penelitian kehakiman dibuat ke atas bukti yang dianggap
terlalu sensitif untuk didedahkan kepada umum bagi memenuhi
kehendak-kehendak keadilan. Jika ini boleh dilakukan dalam bidang-bidang
kuasa lain, mengapa tidak di sini di mana pertempuran bersenjata
terakhir dapat kita saksikan, yang menjadi punca kepada wujudnya ISA,
telah berakhir pada 1980-an?
abdullah ahmad badawi isa arrest with handcuffs
010604<http://media1.malaysiakini.com/55/de10330f9bbf63221071222ee49c04d
agif> Sebarang keraguan mengenai kerelevanan ISA dalam bentuknya
sekarang sepatutnya sudah terhapus oleh rekomendasi Suruhanjaya Hak
Asasi Manusia (SUHAKAM) bahawa ISA perlu dimansuhkan dan bahawa sebuah
undang-undang anti-keganasan yang bersesuaian dengan masa kini perlu
diluluskan bagi menggantikannya. Mengandungi satu klausa 'sunset' dalam
masa asalnya, ISA tidak pernah dimaksudkan untuk menjadi satu ciri asas
dalam landskap perundangan Malaysia.
Melalui penggunaan berterusannya dalam cara yang diterangkan di atas dan
berhadapan dengan sentimen umum, adalah natural bahawa ISA telah melekat
di dalam fikiran orang ramai sebagai satu alat penindasan dan Kerajaan
yang ada sebagai satu Kerajaan yang membuka ruang untuk berlakunya
penindasan. Penggunaan berterusannya tidak menjadi petanda baik bagi
sebuah masyarakat yang sedang berjuang untuk mencari tempatnya dalam
arena global. Ia juga tidak menjadi petanda baik bagi demokrasi yang
sangat penting bagi membolehkan kita membangun secara berterusan.
YAB Perdana Menteri, saya mengingati dengan sangat jelasnya apa yang
anda sebutkan dahulu, iaitu bahawa jika seseorang itu mempunyai
kesempatan untuk melaksanakan apa yang baik dan betul untuk negaranya,
maka dia mestilah melaksanakan tugasan itu. Saya sangat menghormati anda
kerananya. YAB, anda masih lagi Perdana Menteri buat masa ini dan masih
lagi mempunyai kesempatan untuk meninggalkan jejak anda dalam sejarah
Malaysia. Saya menyeru anda berbuat begitu dengan memansuhkan terus ISA.
Marilah kita cuba memenuhi janji yang dibuat oleh Perdana Menteri
pertama kita yang dikasihi kepada rakyat negara ini.
Yang benar
ZAID IBRAHIM
________________________________
__._,_.___
0 comments:
Post a Comment