FW: Mufti kesal pelajar Islam dibabit dalam perarakan berhala

Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin kesal dengan tindakan
pentadbiran sebuah sekolah menengah di Kangar yang mengarahkan
lapan pelajar Islam, iaitu anggota pancaragam sekolah itu, mengiringi
perarakan berhala Buddha di Kangar Selasa lalu.

Katanya, tindakan itu menunjukkan pihak terbabit tidak menghormati agama
Islam malah perbuatan itu boleh menimbulkan isu perkauman kerana umat
Islam erlalu sensitif dalam hal agama dan ini menunjukkan bahawa mereka
tidak menghormati agama Islam.

"Saya bimbang kecenderungan pihak bukan Islam bermain dengan isu-isu
sensitif akan membawa keburukan," katanya.

Beliau menegaskan demikian ketika diminta mengulas rungutan dan
kekecewaan umat Islam di negeri ini berikutan pembabitan pelajar itu
dalam perarakan berhala sempena perayaan tokong sayur itu.

Menurut Bernama, kegiatan itu dikesan oleh beberapa individu dan
terdapat rakaman video melalui kamera telefon bimbit mengenai perarakan
itu.

Mufti itu turut kesal dengan Jabatan Pelajaran Perlis yang dikatakan
tidak peka dengan perkara itu.

"Jabatan Mufti Negeri Perlis telah menghantar surat bantahan penglibatan
pelajar ini kepada Jabatan Pelajaran Negeri dan kita masih belum
mendapat sebarang maklum balas dari pihak mereka," katanya.

Bagaimanapun Pengarah jabatan itu, Mansor Lat ketika dihubungi
menyatakan beliau belum dimaklumkan mengenai kejadian itu.

Sebelum ini pasukan pancaragam itu dikatakan turut dibabitkan dengan
perarakan Hari Wesak dan perarakan mayat orang-orang Cina ke tanah
perkuburan.

-malaysiakini <http://www.malaysiakini.com/news/91068>

--

0 comments:

Duit Dari Rapid Share
Kali ni saya nak ceritakan tentang cara mudah buat duit online.
Memang genius la budak yg ciptakan cara ni. Memang jarang la
kita dapat tengok ciptaan buat duit internet ni dari orang Malaysia.
Kebanyakannya datang dari luar dan diciplak orang malaysia.
Program ini masih baru, so saya rasa sesuai sangat kalau 20 juta rakyat malaysia
join program ini.

Berminat?

OK, Program ini hanya sesuai utk golongan berikut:
1. Orang yg tak suka MLM
2. Orang yg tak suka jumpa orang buat direct Selling
3. Orang yg tak suka buat website
4. Orang yg tak suka taip panjang2 untuk tarik orang masuk
5. Orang yg pikir cara senang buat duit (buat dan tinggal je bende ni jalan)
6. Orang yg suka download lagu, gambar, movie apa2 je

Syarat2?
1. Kena ada computer/laptop
2. Paham serba sedikit tentang internet (check email, upload file)
3. Kreatif (tak semestinya terlalu kreatif)
4. Rajin online la dalam sejam sehari
Boleh orang yg macam saya yg suka tulis blog ni masuk?
Tentu boleh. Program ini dicipta dan diterang A sampai Z.

Dah berminat?
Tgk sini
Klik Sini
Nanti saya ceritakan lagi website2 yg bleh jana wang anda.
Biar saya cuba dulu yer...
Wassalam

Copyright © 2008 - Web Melayu Boleh - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template