FW: ( artikel yang menarik untuk dibaca.... )

Assalamualaikum warahmatullah...

 

Bila dah ada kat atas, sudi-sudilah memandang ke bawah. Memang ramai sebenarnya orang kampung yang susah. Cukup ramai. Bukan setakat kampung, di bandar pun susah. Dan, kalau orang tu senang, apa kena mengena dengan kerajaan? Saya nak tanya, berapa ramai yang dapat gaji besar hari ni sebab kerajaan yang naikkan gaji dia, kecuali penjawat awam???

 

Saya cukup sensitif bab begini sebenarnya. Saya asalnya orang susah gak. Tapi Alhamdulillah, hari ni saya dah bekerja di sebuah syarikat huluan industri minyak dan hidup saya boleh dikatakan jauh lebih senang dari dulu. Sumbangan kerajaan? Saya belajar atas perbelanjaan ibu dan ayah saya sendiri. Tidak ada pinjaman apatah lagi biasiswa dari kerajaan walaupun kami susah kerana besarnya sifat perkauman dan kebangsaan pada diri pemimpin bongkak, walaupun saya aktif sebagai pemuda UMNO ketika itu.

 

Maka saya wajib bersyukur atas kerajaan? Mengapa? Sebab UTM tempat saya belajar dahulu KERAjaan yang tubuhkan? Maka wajiblah saya mengatakan diri saya bodoh jika beranggapan begitu kerana tidak tahu membezakan antara sumbangan dan tanggungjawab KERAjaan. Kalaulah seorang mat despatch yang dibayar gaji untuk menghantar surat, jika dia menghantar surat, bukanlah cemerlang sangat, kadang-kadang tepat masa, selalunya lambat, perlukah dia dipuji kerana menjalankan tanggungjawabnya menghantar surat? Lainlah kalau surat yang dihantar tu dia sendiri taip, beli setem dengan duit sendiri, hantar serta merta apabila disuruh. Itu barulah perkhidmatan yang cemerlang.

 

Tapi, kalau kita suruh orang jaga dana kita, kembangkan supaya kita boleh digunakan, yang dikembangkan cuma 50% dari dana itu dan selebihnya digunakan untuk kepentingan peribadi dan friends & family (baca: kroni), bolehkah kita puji orang tu? Kalau kita main saham pun, kalau agen kita dok kata pelaburan kita rugi sentiasa, tentu kita akan pecat & cari agen yang lain kan?

 

Saya sensitif tentang subsidi ni. Ye lah. Ceteknya minda orang Malaysia, sampai terpengaruh dengan omokan KERAjaan tentang subsidi. Kita dok sibuk kutuk orang kita yang kononnya dimuakan dengan subsidi. Tapi macamana dengan prasarana yang disediakan untuk pelabur asing? Prasarana tu apa? Bukan subsidi ke? Oh... Tak mengapa. Memang subsidi tu untuk orang asing. Macam kereta la... Kompressor untuk pelawat VIP. Exco tempatan cuma pakai Perdana je. Minda kelas bawahan!

 

Saya cukup benci bila orang kata jangan tanya apa sumbangan negara, tapi tanya apa sumbangan anda untuk negara. Kenapa pulak tak boleh tanya??? Itu hak kita! Apa untungnya kita rakyat Malaysia, kalau hasil bumi kita tak dapat kaut sendiri? Macam dalam era penjajahan dulu jugalah! Apa untungnya jadi rakyat Malaysia, kalau kena bayar cukai yang tinggi tapi dalam masa yang sama kena bayar harga barangan yang tinggi juga? Sedangkan gaji kecil! Setkan gaji minimum pun enggan!

 

Kerajaan wajib jawab, apa sumbangan mereka kepada kita? Merendahkan martabat bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan sehingga dikatakan tidak layak dijadikan bahasa ilmu? Menambah susah hidup rakyat dengan janji palsu dna kenaikan harga barang keperluan tanpa pemantauan? Atau melacurkan pendidikan dengan manjadikannya sebagai industri sehingga menjatuhkan taraf pendidikan mahasiswa tempatan?

 

Kerajaan bertanggungjawab atas kebajikan rakyatnya. Pendidikan, kesihatan dan keselamatan mestilah percuma. Adakah ianya percuma sekarang ini? Oh... Kerajaan tak punya wang. Mana pergi semua wang kerajaan? Dilaburkan untuk prasarana yang dijangka mampu menarik pelabur asing (baca: subsidi). Mana dia keuntungan dari pelabur asing itu????? Erm.....

 

Menjadi bodoh bukan satu kesalahan. Tetapi membiarkan diri berterusan diperbodohkan adalah satu kesalahan yang amat besar serta zalim kepada diri sendiri. Belajarlah dari keadaan. Bertanyalah kepada yang pakar. Jangan sedap mulut cakap subsidi menguntung syarikat luar je. Saya kerja dalam industri petroleum. Tahu tak, apabila ExxonMobil dan Shell mencatatkan keuntungan, siapa yang untung percuma? Petronas!

 

Tapi mana pergi keuntungan Petronas tu? Tu bukan duit kerajaan. Tu duit rakyat. Rakyat ada hak. Kalau KERAjaan nak belanjakan, mesti ada persetujuan dari rakyat. Bukan suka-suka kabinet je. Tak... Tak... Saya tak salahkan Petronas. Petronas dah jalankan tanggungjawab dengan memberikan royalti yang sepatutnya kepada kerajaan. Tapi golongan pentadbir ni. MANA PERGI WANG RAKYAT???   

 

Di Tanjung Karang, ada banyak lagi keluarga yang kemiskinan. Saya taknak sebut secara spesifik kerana akan memalukan individu terbabit. Tetapi masih ramai. Cuma sayangnya orang-orang yang miskin ni, tak sedar mereka susah sebab pentadbir yang gagal menjalankan tanggungjawabnya. Macam orang yang sepatutnya terima surat dari posmen. Bila dia tak terima surat, dia salahkan diri sendiri yang tak tunggu posmen lalu depan rumah sedangkan posmen yang tak jalankan tanggungjawab singgah rumah dia. Macam tu la keadaan mereka.

 

Kita bersalah, KERAjaan laaagi bersalah. Nak letakkan 100% kesalahan kepada pentadbir, adalah tidak adil. Tetapi melepaskan mereka 100% dari kesalahan adalah tindakan yang zalim. Kalau dah tak tau macamana nak baikpulih ekonomi rakyat, turun takhta. Jangan nak dok merapu atas tu cakap kita AKAN buat tu dan AKAN buat ni. Sedangkan sedang sedap tidur dalam bilik mesyuarat.

 

Kalau nak ikut hati, banyak lagi saya boleh tulis. Tapi cukuplah. Berleter panjang lebar pada orang yang dah tertutup hatinya kepada kebenaran adalah umpama memberi bunga kepada beruk atau memberi gelang kepada si kudung. Cuma ingatlah. Pergilah sesekali lihat realiti kehidupan masyarakat sekeliling. Sama ada di kampung atau di bandar. Lebih ramai yang susah dari yang senang. Saya tahu, ada orang yang cakap kerana cara hidup sesetengah tu yang bermewah. Habis, kalau dah sibuk bekerja siang dan malam, setiap hari suami isteri, apakah mereka tak berhak mengecapi hidup yang lebih baik? Atau mereka kerja hanya untuk meambahkan dana negara supaya senang disalah gunakan???

 

Janganlah ingat kerana kita dah mampu beli beras yang harganya RM45 sekilo, semua orang akan mampu juga. Ada orang yang suami isteri bekerja, terpaksa makan nasi dari beras gred paling murah, itupun bercatu kerana hendak menyekolahkan anak mereka. Itulah sumbangan bakti KERAyangtiadapekerJAAN. Terima kasih kerajaan pentadbir. Terima kasih kerana mambantu kami. Terima kasih kerana membantu kami jadi susah.

 

 


 

0 comments:

Duit Dari Rapid Share
Kali ni saya nak ceritakan tentang cara mudah buat duit online.
Memang genius la budak yg ciptakan cara ni. Memang jarang la
kita dapat tengok ciptaan buat duit internet ni dari orang Malaysia.
Kebanyakannya datang dari luar dan diciplak orang malaysia.
Program ini masih baru, so saya rasa sesuai sangat kalau 20 juta rakyat malaysia
join program ini.

Berminat?

OK, Program ini hanya sesuai utk golongan berikut:
1. Orang yg tak suka MLM
2. Orang yg tak suka jumpa orang buat direct Selling
3. Orang yg tak suka buat website
4. Orang yg tak suka taip panjang2 untuk tarik orang masuk
5. Orang yg pikir cara senang buat duit (buat dan tinggal je bende ni jalan)
6. Orang yg suka download lagu, gambar, movie apa2 je

Syarat2?
1. Kena ada computer/laptop
2. Paham serba sedikit tentang internet (check email, upload file)
3. Kreatif (tak semestinya terlalu kreatif)
4. Rajin online la dalam sejam sehari
Boleh orang yg macam saya yg suka tulis blog ni masuk?
Tentu boleh. Program ini dicipta dan diterang A sampai Z.

Dah berminat?
Tgk sini
Klik Sini
Nanti saya ceritakan lagi website2 yg bleh jana wang anda.
Biar saya cuba dulu yer...
Wassalam

Copyright © 2008 - Web Melayu Boleh - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template