Kapsul Soyuz: Beli Atau Tidak?
TAWARAN Rusia baru-baru ini kepada Malaysia untuk membeli kapsul Soyuz
yang digunakan oleh angkasawan pertama negara, Dr. Sheikh Muszaphar
Shukor untuk ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) mendapat reaksi
berbeza-beza daripada banyak pihak di negara ini. Malah, perkara
berkenaan turut dibahaskan di Parlimen pada 12 November tahun lalu.
Antara yang timbul ialah persoalan mengenai harga kerana sudah pasti,
'teknologi angkasa ' ini bukan murah. Tawaran itu juga hadir ketika
rakyat negara ini berdepan dengan kenaikan kos hidup akibat peningkatan
harga minyak dunia.
Kegunaan kapsul berkenaan selain dijadikan bahan pameran untuk tontonan
ramai juga akan dipersoalkan. Pihak yang menentang pembelian kapsul itu
mendakwa, ia akan sekadar menjadi bahan pameran pembakar semangat, yang
tidak akan mendapat sambutan secara konsisten daripada penduduk negara
ini.
Hendaknya, kapsul berkenaan akan lebih daripada sekadar bahan pameran
jika kerajaan bersetuju untuk membelinya. Kajian tentang reka bentuk dan
binaannya juga sepatutnya diadakan oleh saintis tempatan.
Walaupun boleh dikatakan terlalu bercita-cita, namun kita juga
sepatutnya berupaya sekurang-kurangnya menghasilkan teknologi angkasa
sendiri dan tidak bergantung kepada pihak luar dalam hal ini jika
Malaysia mahu menjadi sebuah negara maju pada 2020.
Perlu dimaklumkan bahawa yang ditawarkan oleh Rusia itu ialah modul
kemasukan semula kapsul berkenaan, (Reentry Module) dan bukannya
keseluruhan pesawat tersebut. Namun demikian, terdapat juga kemungkinan
Rusia akan menawarkan modul lengkap untuk Soyuz, pada harga yang lebih
tinggi.
Rundingan berhubung perkara tersebut bagaimanapun sudah pasti akan
dilakukan antara kedua-dua kerajaan. Pun begitu, sekiranya benar
kerajaan bersetuju untuk membeli kapsul berkenaan, ia sememangnya akan
dapat dijadikan medium untuk menarik minat golongan muda menceburi
penerokaan angkasa lepas.
Ia juga menjadi lambang dan petunjuk bahawa Malaysia berada pada
landasan yang betul untuk menjadi sebuah negara maju.
SOYUZ
Secara ringkas, sekiranya diterjemahkan daripada bahasa Rusia, ia
bermaksud 'kesatuan'. Pesawat berkenaan direka oleh saintis dan jurutera
Sergei Korolyov untuk program angkasa Kesatuan Soviet (Rusia
kemudiannya). Ia menggantikan kapsul angkasa Voskhod dan merupakan
sebahagian daripada 'Program Penjelajahan Bulan' negara berkenaan dengan
membawa manusia.
Bagaimanapun, penerbangan pertama Soyuz dilakukan tanpa membawa manusia,
iaitu pada 28 November 1966. Penerbangan pertama membawa manusia
kemudiannya dilakukan pada 23 April 1967.
Hari ini, meskipun sudah berusia 41 tahun, Soyuz dan pelbagai
variannya,terus digunakan dalam pelbagi misi dan merupakan modul paling
banyak membawa manusia ke angkasa. Kapsul Soyuz dilancarkan oleh
kenderaan pelancarnya sebagai sebahagian daripada sistem keseluruhan
program kapsul berkenaan.
Selain membawa angkasawan ke orbit, Soyuz juga turut berperanan membawa
mereka ke stesen angkasa milik Rusia, Mir, dan ISS.
REKABENTUK
Modul kemasukan semula Rusia ini mempunyai ruang untuk krew seluas 9
meter serta sebuah kunci udara untuk keselamatan, justeru ia dianggap
lebih 'selesa' jika dibandingkan dengan modul kapsul angkasa Amerika,
Apollo, yang hanya mempunyai kawasan krew seluas 6 meter meskipun ia
juga direka untuk memuatkan tiga krew.
Meskipun lebih besar, bahan binaan komposit teknologi tinggi Rusia
menjadikannya hanya seberat 2900 kilogram berbanding modul kemasukan
semula Amerika Syarikat, Apollo 5000 kilogram.
Kapsul Soyuz terdiri daripada tiga bahagian utama.
1. Modul Orbit Sfera
2. Modul Kemasukan Semula
3. Modul Servis dengan panel solar.
Bahagian pertama dan ketiga, direka untuk sekali penggunaan sahaja dan
akan musnah akibat tekanan dan haba atmosfera bumi semasa kemasukan
semula ke orbit.
Sistem sokongan hayat Soyuz mampu bertahan selama 30 hari. Ia
membekalkan oksigen kepada krewnya pada tahap paras laut. Ia bermakna,
krew akan bernafas menggunakan tekanan udara sama seperti jika kita
berada di tepi pantai (0 meter dari aras laut).
Tekanan serta udara berkenaan dibekalkan oleh penjana Potassium Dioksida
(KO2) kapsul tersebut, serta silinder Lithium Hidroksida (LiOH). Ia
merupakan penjana sama yang membekalkan oksigen untuk kegunaan ahli
bomba di beberapa negara Eropah..
Penjana berkenaan berfungsi dengan menyerap Karbon Dioksida dan lebihan
air yang dihasilkan oleh krew Soyuz.
Semasa pelancaran, kapsul Soyuz dilindungi oleh 'Nose Fairing'
(pelindung di hujung roket) yang akan ditanggalkan sebaik sahaja ia
melepasi kawasan atmosfera bumi. Ia juga mempunyai sistem untuk ia
berlabuh dengan ISS secara automatik.
Bagaimanapun, sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini, modul ini
juga boleh dikawal menerusi pusat kawalan angkasa di bumi (Moscow, Rusia
atau Baikonur, Kazakhstan) semasa hendak berlabuh.
PROSEDUR KEMASUKAN SEMULA
Oleh kerana konsep pembinaan kapsul Soyuz adalah modular (dibina
mengikut bahagian-bahagian sebelum dicantumkan), prosedur kemasukan
semula kapsul ini ke orbit bumi adalah agak berlainan dengan kapsul
angkasa yang lain.
Sebagai permulaan, kapsul ini akan dipusingkan dengan bahagian enjin
menghala ke depan sebelum ia dihidupkan. Menurut pihak Rusia, langkah
menghidupkan enjin ketika ini membantu menjimatkan penggunaan bahan api
ketika proses kemasukan semula.
Dalam versi kapsul Soyuz yang awal, modul servis dan orbit akan
diceraikan serentak ketika kemasukan semula. Bagaimanapun, bagi yang
terkini, kedua-dua modul ini akan diceraikan sebelum enjin utama
dihidupkan.
Ketika kapsul memasuki bahagian bumi yang mengalami waktu subuh, enjin
kapsul akan dimatikan, ini bagi membolehkan kapsul berkenaan lebih mudah
dikesan kerana badan luar kapsul akan bersinar apabila terkena cahaya
matahari di bahagian bumi yang masih petang.
Ini bertujuan memudahkan helikopter pencari menjejakinya ketika ia cuba
mendarat di permukaan bumi.
Berbeza dengan modul kemasukan semula Apollo, yang direka untuk jatuh ke
laut, Soyuz mempunyai keupayaan untuk mendarat dengan selamat di
permukaan bumi. Biasanya, tapak pendaratan bagi Soyuz ialah sekitar
Kazakhstan dan bahagian tengah Asia.
VARIASI
Sejak mula digunakan oleh agensi angkasa Rusia (Roskosmos) pada 1963,
beberapa versi Soyuz telah dibina, dinaik taraf dan diubahsuai agar
terus dapat membawa angkasawan.
DATA TEKNIKAL KAPSUL KEMASUKAN SEMULA SOYUZ
Versi:
- Soyuz A (1963)
- Soyuz 7K-OK (1967-1971)
- Soyuz 7K-L3 (LOK)
- Soyuz 7K-T (1973-1981)
- Soyuz 7K-TM (1975)
- Soyuz-T (1976-1986)
- Soyuz-YM (1986-2002)
- Soyuz-TMA (2003- .....)
Jumlah keseluruhan:
- Soyuz A
Berat (kilogram) - 5880
Panjang (meter) - 7.40
Diameter (meter) - 2.50
Lebar (meter) - *
- Soyuz 7K-OK
Berat - 6560
Panjang - 7.95
Diameter - 2.72
Lebar - 9.80
- Soyuz 7K-L3
Berat - 9850
Panjang - 10.06
Diameter - 2.930
Lebar - *
- Soyuz 7K-T
Berat - 6800
Panjang - 7.48
Diameter - 2.72
Lebar - 9.80/-
- Soyuz 7K-TM
Berat - 6680
Panjang - 7.48
Diameter - 2.72
Lebar - 8.37
- Soyuz T
Berat - 6850
Panjang - 7.48
Diameter - 2.72
Lebar - 10.6
- Soyuz TM
Berat - 7250
Panjang - 7.48
Diameter - 2.72
Lebar - 10.6
- Soyuz TMA
Berat - 7220
Panjang - 7.48
Diameter - 2.72
Lebar - 10.7
(* = Tiada data tepat)
RANCANGAN MENAIK TARAF
Rancangan awal ialah untuk menggunakan Soyuz hingga tahun 2011sebelum
digantikan dengan modul yang lebih canggih, dikenali sebagi 'Kliper'
(pesawat angkasa ulang alik).
Bagaimanapun, oleh kerana projek pembinaan Kliper agal mendapat
pembiayaan secukupnya ia tergendala begitu sahaja mengakibatkan
Roskosmos memutuskan untuk terus menggunakan Soyuz.
Modul terbaru berkenaan yang dikenali sebagai "Soyuz TMAT" mempunyai
paparan digital dan sistem berlabuh yang lebih mantap. Menurut
Roskosmos, ia akan mula digunakan pada tahun depan.
Terdapat juga rancangan untuk membangunkan modul Soyuz yang lebih
canggih dengan kemampuan untuk sampai hingga ke orbit bulan. Modul
terbaru ini akan mempunyai kabin untuk tempat tinggal krew yang
dibangunkan dengan kerjasama Agensi Angkasa Eropah (ESA).
PROJEK ANGKASA CHINA
Memandangkan China merupakan sekutu kuat Rusia, maka kedua-dua negara
berkenaan menjalin hubungn baik dalam pelbagai perkara termasuk
penerokaan angkasa lepas.
Penyelidikan dan pembinaan kapsul angkasa China yang dinamakan Shenzhou
dimulakan sejak tahun 1992 sebelum negara berkenaan menghantar
angkasawan pertama mereka ke angkasa pada 15 Oktober 2003.
Meskipun dibina mengikut reka bentuk Soyuz dan dengan kepakaran Rusia,
Shenzou lebih besar dan mempunyai modul orbit berautonomi, justeru ia
mampu terbang tanpa kawalan dari pusat angkasa di bumi.
__._,_.___
0 comments:
Post a Comment