Karaoke 'Jamban' undang risiko pekak

Hiburan dengan bayaran RM1 boleh jejas deria pendengaran dalam jangka
panjang

BERBALOI atau tidak? Bayar RM1 untuk berhibur dengan kos rendah, tetapi
kesannya mampu menjadikan diri merana untuk satu jangka masa panjang.
Mana lebih penting, kepuasan melalak atau menjaga deria kurniaan tuhan?

Itulah persoalan yang wajar diberi perhatian apabila membicarakan trend
masyarakat kini yang gemar memilih pelbagai alternatif hiburan dengan
kos rendah, namun pada masa sama mengetepikan pelbagai risiko yang
kemungkinan berbangkit pada kemudian hari.

Kegilaan berhibur dengan kos rendah kini menular pula kepada satu
alternatif hiburan yang bukan baru tetapi semakin mendapat sambutan
iaitu pusat karaoke mini atau lebih popular dengan gelaran karaoke
'jamban' oleh kebanyakan generasi muda.

Konsep hiburan itu dirasakan amat berbaloi bagi mereka kerana dengan
membayar sebanyak RM1 bagi sebuah lagu, kepuasan yang dinikmati
dirasakan mencapai tahap maksimum, apatah lagi apabila dalam ruang
sempit sebesar tandas awam, pengunjung bebas melalak tanpa ada batasan.

Namun, tanpa sedar, pengunjungnya tidak tahu sebenarnya mereka menempah
bala yang akan merampas deria pendengaran selepas satu tempoh menjadikan
hobi itu sebagai rutin, malah kewajipan pada setiap minggu, bersantai
sambil memekak.



BILIK SEMPIT: Pusat karaoke mini menjadi tumpuan generasi muda.

Ia bukan omong kosong kerana faktanya terserlah hasil tinjauan wartawan
Berita Harian bersama ahli audiologi Hospital Universiti Kebangsaan
Malaysia (HUKM), Mohd Almyzan Awang, ke beberapa pusat karaoke 'jamban'
di pusat beli-belah sekitar Kuala Lumpur.

Menggunakan alat pengukur paras bunyi, bacaan terhasil menunjukkan angka
memeranjatkan iaitu mencecah hampir 120 desibel (dB), satu paras bunyi
yang menurut Mohd Almyzan melampaui keupayaan pendengaran manusia biasa.


Apa tidaknya, kata beliau, gegendang telinga manusia hanya mampu
menampung bunyi sehingga 80dB dan apa saja bunyi yang melebihi paras itu
diklasifikasikan sebagai berbahaya dan mampu meragut deria pendengaran,
sama ada sementara atau kekal selamanya.

Malah, katanya, keadaan dalam karaoke 'jamban' lebih mengundang risiko
tinggi berbanding pendedahan kepada bunyi kuat di tempat lain kerana di
situ, pengunjung akan berada dalam satu ruang sempit dan tiada elemen
lain yang mampu menyerap bunyi kuat itu selain tubuh individu itu
sendiri.


<http://mail.silterra.com/exchange/mohamed_johari/Drafts1/FW:%20%5Bwarga
_kilang%5D%20Karaoke%20%27Jamban%27%20undang%20risiko%20pekak..(Insaf2%2
0ler...).EML/1_multipart/ATT00025.jpg>

TEKNOLOGI: Alat pengukur bunyi menunjukkan bacaan melebihi paras bahaya.

"Pertama kali melangkah masuk ke sini (karaoke jamban), saya sudah dapat
mengagak paras bunyinya pasti melebihi 80dB. Memeranjatkan apabila meter
menunjukkan bacaan sehingga 120dB. Ia paras bunyi yang melampau dan
pasti memberi kesan buruk kepada sistem pendengaran.

"Lebih memburukkan keadaan, sistem peralatan audio di sini tidak
diselenggara dengan baik menyebabkan bunyinya lebih membingitkan. Ia
sekali gus menambahkan lagi risiko kepada sesiapa saja yang berada dalam
bilik ini pada satu tempoh lama. Mendengar dua lagu pun sudah membuatkan
sistem badan saya tidak dapat bertahan," katanya selepas melakukan ujian
itu di pusat beli-belah Kompleks Pertama di ibu negara.

Ujian paras bunyi dibuat membabitkan pelbagai jenis genre lagu termasuk
rancak dan perlahan, namun kesemuanya memberikan bacaan sehingga
melebihi 100dB sekali gus menunjukkan apa saja lagu yang dimainkan di
situ tetap mendatangkan risiko kepada pendengaran.

Bagi mengulas lanjut hasil ujian itu, Berita Harian mendapatkan
pandangan Dekan dan Pengarah Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan
Malaysia (PPUKM), Prof Datuk Dr Lokman Saim yang juga pakar telinga di
Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Dr Lokman berkata, sekiranya hasil ujian itu diambil kira, pengunjung
karaoke 'jamban' yang meluangkan masa sekurang-kurangnya dua jam
seminggu di situ akan kehilangan pendengaran secara kronik selepas lima
atau enam tahun mengamalkan hobi itu secara berterusan.

Malah, sebenarnya, kekurangan deria pendengaran akan mula dialami
selepas setahun, namun tidak akan disedari kerana ia hanya menyebabkan
ketidakupayaan mendengar atau memahami bunyi berfrekuensi tinggi antara
4,000 hingga 8,000 hertz (Hz) seperti 'sh' dan 'sy'.

"Di negara ini, penggunaan bahasa Melayu tidak banyak menggunakan
sebutan berfrekuensi tinggi berbanding bahasa lain di seluruh dunia.
Justeru, kekurangan pada pendengaran kurang dirasai meskipun sudah mula
berlaku selepas setahun mengamalkan hobi itu.

"Namun, selepas lima tahun, kekurangan itu akan dirasai secara serius
kerana ketika itu deria pendengaran tidak mampu memahami sebutan
berfrekuensi rendah (di bawah 2,000Hz) walaupun dituturkan dengan nada
pertuturan atau perbualan biasa.

"Ketika itu, individu akan mula terasa kurang pendengaran dan tidak
jelas dengan sebutan pertuturan orang lain. Apabila sampai ke tahap itu,
ia sudah dikira kronik dan boleh didefinisikan sebagai pekak," katanya.

Beliau berkata, jika hobi itu masih diteruskan, risiko untuk kehilangan
pendengaran kekal pada tahap yang lebih teruk akan berlaku sekali gus
menyebabkan individu akan lebih awal mengalami sindrom pekak berbanding
manusia normal yang secara kebiasaannya mengalami masalah itu selepas
usia 80 tahun.

Justeru, beliau berkata, sebagai langkah pencegahan, pihak berkuasa
perlu menetapkan satu garis panduan paras bunyi yang dibenarkan bagi
mengurangkan risiko kurang pendengaran di kalangan rakyat negara ini
selain memberi kefahaman bagi mendidik masyarakat mengenai bahaya
mengunjungi karaoke 'jamban' secara kerap.

"Orang ramai juga digalak melakukan ujian pendengaran sekurang-kurangnya
setahun sekali bagi memastikan tahap pendengaran sentiasa baik kerana
dikhuatiri kehilangan deria itu secara perlahan tanpa disedari.

"Lebih utama lagi, masyarakat perlu sedar bahawa kebanjiran media
hiburan yang semakin banyak ketika ini turut mengundang kepada risiko
hilang keupayaan mendengar lebih cepat berbanding generasi sebelum ini,"
katanya.

Oleh itu, sekiranya diamati semua pandangan dan keputusan ujian yang
turut dirasai sendiri wartawan Berita Harian, sewajarnya perkara ini
tidak boleh dipandang remeh atau sekadar masuk telinga kanan, keluar
telinga kiri (selagi mampu mendengar).

Sewajarnya satu tindakan segera diambil sama ada membabitkan pihak
berkuasa atau masyarakat itu sendiri untuk memastikan tahap kesihatan
rakyat di negara ini tidak dirosakkan oleh konsep hiburan yang
sebenarnya boleh dikawal dan dihadkan.

Pastinya tidak berbaloi deria pendengaran dijadikan korban dengan
bayaran semurah RM1 sedangkan hakikat yang perlu diterima semua pihak,
kurniaan itu jauh lebih mahal dan berharga serta perlu dipelihara selagi
berupaya.

Muzik terlalu kuat boleh cetus tekanan

MELANGKAH masuk ke ruang legar pusat karaoke mini atau karaoke 'jamban',
situasi pertama yang dirasai wartawan Berita Harian dan ahli audiologi
Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Mohd Almyzan Awang,
ialah bunyi bingit yang melimpah sehingga kedengaran di kaki lima luar
premis.

Tidak dapat dibayangkan bagaimana agaknya keadaan mereka yang sedang
leka melalak dalam bilik sempit itu. Pastinya lebih perit lagi menahan
sakit telinga tetapi mungkin semua kesakitan itu tenggelam lantaran
keasyikan mendendangkan lagu.

Senario itu bukan saja dirasai wartawan Berita Harian, malah
rupa-rupanya turut dirasai Almyzan, beberapa pengunjung serta peniaga di
premis berhampiran.

Berada dalam ruang kotak sempit, telinga sudah dihambat kebingitan
meskipun tiada sebarang lagu dipilih. Semuanya kerana muzik bising yang
datang dari bilik sebelah, selain muzik latar yang dimainkan sementara
menunggu lagu dipilih.

Keadaan menjadi lebih menyakitkan apabila sesekali bunyi muzik itu
seakan pecah kemungkinan disebabkan sistem audio tidak diselenggara
dengan sempurna terutama apabila pembesar suara mengeluarkan bunyi
nyaring disebabkan gema dari mikrofon.

Pastinya senario itu menjadi lebih buruk apabila lagu yang dipilih mula
dimainkan. Terasa seakan telinga ditusuk, sakit dan mengilukan. Baru
saja menyanyikan sebuah lagu, terasa kepala berpinar dan jantung pantas
berdegup, menggambarkan betapa tubuh tidak mampu menampung pekik bunyi
yang sangat melampaui batas.

Mulanya, disangkakan keadaan itu hanya dirasai jika menyanyikan lagu
'rock' tetapi apabila lagu perlahan dipilih keadaannya tetap sama,
sakitnya masih terasa dan pedih di telinga makin menjadi-jadi.

Akhirnya, selepas dua lagu dan hasil ujian diperoleh, wartawan Berita
Harian dan Almyzan mengambil keputusan untuk keluar dengan segera,
tambahan apabila merasakan mata sudah berpinar, petanda kepala sudah
terasa pening.

Itulah gambarannya sepanjang beberapa minit ujian itu dijalankan sekali
gus menggambarkan betapa konsep hiburan di karaoke 'jamban' lebih banyak
mengundang tekanan serta keburukan berbanding nikmat hiburan yang
diperoleh.

Pendapat itu turut dikongsi beberapa pengunjung yang sudah beberapa kali
mengunjungi pusat karaoke mini itu.

Seorang pengunjung, Fazwan Fauzi, 24, berkata dia jarang memilih untuk
berhibur di karaoke 'jamban' kerana tidak tahan dengan bunyi bingit
dalam bilik sempit itu.

"Saya mengunjungi tempat ini sebulan sekali. Itu pun hanya mampu
bertahan untuk lima lagu. Kalau lebih daripada itu, kepala akan terasa
pening dan ada kalanya rasa loya. Pernah juga bunyi muzik
terngiang-ngiang berjam-jam lamanya sehingga sampai ke rumah," katanya
yang ditemui di sebuah pusat karaoke mini di Kuala Lumpur.

Bagi Azila Mohamad, 24, pula ada ketikanya dia berasa sakit dada selepas
keluar dari bilik karaoke itu meskipun hanya selepas menyanyikan tiga
lagu.

"Mustahil saya mampu bertahan dalam tempoh lebih lama. Saya yakin berada
lama dalam bilik ini boleh menyebabkan saya kurang daya pendengaran.
Bunyi muziknya memang menyakitkan telinga, namun diakui ia adalah
alternatif hiburan yang murah," katanya.

Seorang peniaga kain di Kompleks Pertama yang enggan namanya disiarkan
berkata, bunyi bising dari pusat karaoke mini di situ sering mengganggu
keselesaan mereka serta pelanggan meskipun jarak premisnya dan pusat
hiburan itu agak jauh.

0 comments:

Duit Dari Rapid Share
Kali ni saya nak ceritakan tentang cara mudah buat duit online.
Memang genius la budak yg ciptakan cara ni. Memang jarang la
kita dapat tengok ciptaan buat duit internet ni dari orang Malaysia.
Kebanyakannya datang dari luar dan diciplak orang malaysia.
Program ini masih baru, so saya rasa sesuai sangat kalau 20 juta rakyat malaysia
join program ini.

Berminat?

OK, Program ini hanya sesuai utk golongan berikut:
1. Orang yg tak suka MLM
2. Orang yg tak suka jumpa orang buat direct Selling
3. Orang yg tak suka buat website
4. Orang yg tak suka taip panjang2 untuk tarik orang masuk
5. Orang yg pikir cara senang buat duit (buat dan tinggal je bende ni jalan)
6. Orang yg suka download lagu, gambar, movie apa2 je

Syarat2?
1. Kena ada computer/laptop
2. Paham serba sedikit tentang internet (check email, upload file)
3. Kreatif (tak semestinya terlalu kreatif)
4. Rajin online la dalam sejam sehari
Boleh orang yg macam saya yg suka tulis blog ni masuk?
Tentu boleh. Program ini dicipta dan diterang A sampai Z.

Dah berminat?
Tgk sini
Klik Sini
Nanti saya ceritakan lagi website2 yg bleh jana wang anda.
Biar saya cuba dulu yer...
Wassalam

Copyright © 2008 - Web Melayu Boleh - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template