FW: Kenaikan minyak bakal undang kegawatan ekonomi lebih dahsyat

MINYAK NAK NAIK LAGI KA?...

Kenaikan minyak bakal undang kegawatan ekonomi lebih dahsyat - Husam

Wed | Jul 09, 08 | 7:37:10 pm MYT

KOTA BHARU, 9 Julai (Hrkh) - Kerajaan diminta mengkaji semula cadangan
menaikkan lagi harga minyak sekiranya tidak ingin kehilangan lebih
banyak pelabur.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan
Masyarakat, Datuk Husam Musa berkata, kenaikan lagi harga minyak akan
menyebabkan lebih banyak kilang menutup operasi kerana bebanan kenaikan
bahan bakar dan tarif elektrik tidak tertanggung lagi.

Bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat Exco hari ini berkata,
penutupan kilang Nikko di Pulau Pinang disebabkan kenaikan harga minyak
kerana kos operasinya meningkat begitu tinggi.

?Lebih banyak kilang termasuk milik pelabur luar negara akan berbuat
demikian kerana hilang kepercayaan terhadap kerajaan Malaysia,
terutamanya dalam keadaan sekarang.

?Pelabur akan mencari negara lain seperti Vietnam dan China yang tidak
membebankan pelabur. Bila perkara itu berlaku ia akan menyebabkan
malapetaka ekonomi lebih dahsyat bakal melanda negara kita.

?Kalau banyak kilang ditutup, orang ramai akan kehilangan kerja sehingga
boleh menimbulkan keadaan huru-hara dalam negara,? ujarnya yang juga
Naib Presiden PAS.

Oleh itu beliau meminta, kerajaan mengkaji semula cadangan tersebut bagi
mengelakkan negara menjadi lebih kritikal.

Beliau juga berkata, mesej yang disampaikan rakyat melaui himpunan
Protes Sejuta Rakyat - Protes Sampai Turun anjuran Pakatan Rakyat
baru-baru ini sebenarnya sudah sampai kepada kerajaan.

Kata beliau memprotes kenaikan harga minyak menjadi hak semua rakyat dan
kerajaan seharusnya berfikir kesanggupan semua lapian masyarakat turun
ke padang membantah.

?Saya bukan pro band rock tu, tetapi kalau kita baca balik lirik lagu
yang dinyanyikan oleh golongan itu ia mempunyai mesej yang tertentu
kepada kerajaan.

?Cuma yang silapnya dia buka seluar, sebelum ni pun kat konsert lain
memang dia dah buat macam tu, tapi pada pendapat saya perkara itu boleh
diperbetulkan.

Apa yang penting mesej rakyat tanpa mengira kedudukan mereka telah
sampai kepada kerajaan,? ujarnya.

Katanya, lirik lagu berkenaan terkena atas batang hidup kerajaan
sendiri.

?Jadi kerajaan kena fahamlah, kalau budak-budak macam tu pun boleh
sindir kerajaan, faham sendirilah,? ujarnya.

Mesej Protes boleh dilakukan berbagai cara tetapi tidak bertindak kasar.
Menurutnya kerajaan harus menangani segera perkara tersebut dengan
menurunkan semula harga minyak dan tarif elektrik.

Beliau juga berkata, Kijang Care akan berusaha menjejaki dua keluarga
yang kesempitan hidup selepas kilang Nikko ditutup operasinya baru-baru
ini.

?InsyaAllah kita akan cuba memberi sedikit bantuan pada keluarga
terbabit bagi mengurangkan bebanan yang ditanggung mereka,? ujarnya. -
mj _

0 comments:

Duit Dari Rapid Share
Kali ni saya nak ceritakan tentang cara mudah buat duit online.
Memang genius la budak yg ciptakan cara ni. Memang jarang la
kita dapat tengok ciptaan buat duit internet ni dari orang Malaysia.
Kebanyakannya datang dari luar dan diciplak orang malaysia.
Program ini masih baru, so saya rasa sesuai sangat kalau 20 juta rakyat malaysia
join program ini.

Berminat?

OK, Program ini hanya sesuai utk golongan berikut:
1. Orang yg tak suka MLM
2. Orang yg tak suka jumpa orang buat direct Selling
3. Orang yg tak suka buat website
4. Orang yg tak suka taip panjang2 untuk tarik orang masuk
5. Orang yg pikir cara senang buat duit (buat dan tinggal je bende ni jalan)
6. Orang yg suka download lagu, gambar, movie apa2 je

Syarat2?
1. Kena ada computer/laptop
2. Paham serba sedikit tentang internet (check email, upload file)
3. Kreatif (tak semestinya terlalu kreatif)
4. Rajin online la dalam sejam sehari
Boleh orang yg macam saya yg suka tulis blog ni masuk?
Tentu boleh. Program ini dicipta dan diterang A sampai Z.

Dah berminat?
Tgk sini
Klik Sini
Nanti saya ceritakan lagi website2 yg bleh jana wang anda.
Biar saya cuba dulu yer...
Wassalam

Copyright © 2008 - Web Melayu Boleh - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template