FW: debat

 


Keputusan Debat:Shabery Menang Sorak, Anwar Menang Fakta !
Posted on Wednesday, July 16 @ 01:53:03 MYT by reformis


Pendapat

Oleh Nur Aflah

Itulah gambaran awal yang dapat saya simpulkan berhubung perdebatan antara Shabery dan Anwar sebentar tadi. Seperti dijangka, Shabery akan mempergunakan pentas debat tersebut untuk menyerang peribadi Anwar. Isu IMF, IPP, hubungan Anwar – Mahathir dan sejarah silam Anwar yang 30 tahun dahulu pun menjadi bahan dan tumpuan isi hujah Shabery Cheek.

Anwar ternyata tidak terpengaruh dengan taktik Shabery. Sebaliknya Anwar berjaya menjelaskan kepada audien tentang ‘tindakan awal’ yang akan diambil olehnya untuk menurunkan harga minyak daripada RM 2.70/liter ke RM 2.20/liter. Tindakan awalnya itu turut disokong dengan angka dan juga kaedah yang akan digunapakai.

Manakala Shabery pula dilihat hanya mengulangi fakta dan alasan yang selalu digunakan oleh pihak kerajaan sebelum ini untuk mempertahankan keputusan yang telah dibuat oleh pihak kerajaan. Misalnya, faktor kenaikan harga minyak mentah dunia dan juga jumlah subsidi yang terpaksa ditanggung oleh pihak kerajaan. Alasan sebegitu sudahpun dipersoalkan oleh rakyat sebelum ini. Shabery sepatutnya memberikan alasan baru yang lebih kukuh dan malangnya, itu tidak dapat dibuat oleh Shabery.

Oleh kerana waktu perdebatan itu hanya 50 minit sahaja, memang sukar untuk kedua-dua pihak menjelaskan semua isu yang berkaitan dengan tajuk perdebatan sebentar tadi iaitu “hari ini memerintah, esok turun harga minyak”. Apapun, audien yang menonton perdebatan tadi tentunya sudah dapat mengetahui kaedah yang akan digunapakai oleh Anwar untuk menurunkan harga minyak di negara ini.

 

Kenapa Shabreey Chik
Posted on Wednesday, July 16 @ 16:58:57 MYT by reformis


Fokus Isuzahash writes "Jam 9.00 malam tadi semua orang yang sensitif terhadap nasib rakyat dan peka terhadap perkembangan politik tanah air terpaku di hadapan TV samada TV9 atau Bernama TV, walaupun pada asalnya janji untuk mengadakan siaran langsung ini selama satu jam setengah, tetapi tanpa di ketahui di mana salah dan silapnya ianya di pendekkan kepada 52 minit dan 8 minit untuk iklan, walaubagaimana pun ianya tidak mematahkan semangat golongan-golongan ini untuk mengikuti debat yang bersejarah ini. Pada mulanya semua orang agak sedikit kecewa apabila melihat pengerusi debat ialah Dato' Johan Jaafar, bimbang takut peristiwa yang di lakukannya dalam siri Debat Perdana di TV1 di ulangi di sini, akan tetapi semua menarik nafas lega apabila beliau mendetailkan format, bagaimana debat ini akan di jalankan. Penampilan Shabreey Chik dengan penuh keyakinan, penampilan Dato' Seri Anwar Ibrahim dapat mengubat rindu pengikutnya untuk melihat beliau muncul kembali ke kaca TV.

Saya bukanlah ingin mengulas apa yang di perdebatkan oleh seorang tokoh dan seorang budak hingusan, kerana tajuk depat itu sendiri telah memberikan keputusan yang mana satu berada di atas kebenaran dan yang mana hanya cuba untuk menegakkan tali layar yang basah. Tajuknya "Hari ini memerintah, Besok Turun Harga Minyak". Dato' Seri dalam hujjahnya telah berjaya menjelaskan bagaimana cara untuk menurunkan harga minyak itu. manakala DASC pula perlu mematahkan hujjah DSAI tersebut, tetapi apa yang berlaku ialah penghujahan yang tersimpang dan jauh dari sasaran oleh DASC.

Apa yang saya nak komen di sini ialah kenapa Dato' Ahmad Shabreey Chik bukan orang lain, kenapa DASC tidak mengendahkan larangan Naib Presiden UMNO supaya debat ini tidak di jalankan. bukan itu sahaja ramai di kalangan pimpinan UMNO yang tidak mahu DASC meneruskan debat ini, akan tetapi DASC tetap dengan pendiriannya bahkan sanggup mempertaruhkan jawatan menterinya untuk debat ini. mengapa beliau begitu ghairah dan bersungguh-sungguh.

Satu perkara yang perlu kita ingat sebenarnya DASC sanggup melakukan apa sahaja untuk debat ini hanya semata-mata untuk diri beliau. Asalnya beliau seorang ahli akedamik, kemudian terjun dalam politik apabila bertanding dalam pilihanraya kecil dun Kijal atas tiket Parti Melayu Semangat 46 menentang Ahmad Said (Menteri Besar Terengganu sekarang), walaupun beliau di katakan sebagai tokoh pinjam dari PAS kepada 46, akan tetapi jiwa dan pendiriannya tetap bersama 46 & Ku Li dan akhirnya apabila 46 masuk UMNO beliau turut menyertai UMNO dan menjadi tokoh UMNO di Kemaman.

Beliau bukanlah satu nama besar di dalam UMNO, kelibatnya di dalam Semangat 46 masih lagi menghantui karier beliau dalam UMNO, akan tetapi mengapa beliau tiba-tiba di beri jawatan menteri antara yang terpenting dalam kebinet Pak Lah.

Tentu kita semua masih ingat pertelingkahan UMNO Terengganu pasca Pilihanraya Umum ke 12 baru ini, yang menyebabkan tertangguhnya penubuhan dan perlantikan Menteri Besar Terengganu. sehinggakan berbagai-bagai formula di kemukakan oleh berbagai pihak untuk menyelesaikan perkara tersebut, Dato Seri Idris Jusoh tetap mahukan jawatan Menteri Besar dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai jawatan tersebut. manakala pihak istana di katakan tetap dengan pendirian menolak Idris Jusoh sebagai MB bahkan pihak Istana telah mengemukakan nama lain iaitu Dato' Ahmad Said sebagai MB.

Pertelingkahan terus berlaku di antara kedua puak dalam UMNO ini, 'Besut' dan 'Kemaman' sehingga mencetuskan suasana yang tidak sihat termasuk penghinaan kepada Sultan Terengganu, sebelum daripada pilihanraya kedudukan anggota Kabinet dari Terengganu hanya seorang Menteri iaitu Ahli Parlimen Besut, Dato' Abdullah Mat Zin sebagai Menteri Di Jabatan Perdana menteri, yang lain ialah timbalan menteri dan setiausaha parlimen (DASC sendiri) keadaan ini menunjuk ketidak seimbangan antara 'Kemaman' dan 'Besut' di Besut terdapat 2 orang menteri dan seorang exco (Deris Jusoh, Dollah Mat Zin & Exco Hadhari Terengganu) manakala di Kemaman seorang exco dan setiausaha parlimen. Bukan maksud sentimen kedaerahan tetapi apabila Ahmad Said di anggap persaingan Idris Jusoh untuk jawatan MB maka perbandingan sedekian terpaksa di lakukan.

Untuk menyelesaikan masalah ini, satu cadangan dari pihak Idris Jusoh supaya dapat mengekalkan beliau sebagai MB Terengganu maka jawatan menteri yang di pegang oleh Dollah Mat Zin akan di serahkan kepada orang Kemaman, sebab itu lah kabinet yang di umumkan sebelum perlantikan Menteri Besar Terengganu telah menggugurkan Dollah Mat Zin Sebagai menteri dan memberikan jawatan tersebut kepada Kemaman iaitu DASC sebagai MP Kemaman, harapan Idris Jusoh agar ianya di lihat adil, Menteri Besar di Besut, menteri penuh di Kemaman. (Walaupun hasil tidak sedemikian)

Kita tinggalkan cerita Deris Jusoh, berbalik kepada DASC, Beliau di berikan jawatan Menteri Penerangan sebagai usaha untuk menyelesaikan masalah di Terengganu. yang menjadi masalah kepada beliau sekarang ini ialah BAGAIMANA CARA BELIAU UNTUK TERUS KEKAL DALAM KABINET PAK LAH. caranya ialah DASC mesti menunjukkan bahawa beliau ini ada sesuatu yang tidak ada pada orang lain, maka cabarang berdebat dengan DSAI yang merupakan seorang tokoh terbilang PR dan Negara di lihat sebagai satu peluang untuk beliau menunjukkan kehebatan luarbiasa. menang atau kalah itu bukan persoalan, kena caci kena kata itu bukan problem, kena malu, merah muka, tak jadi masalah punya, yang penting berada di atas pentas bersama dengan DSAI dan berdebat dengan beliau, lepas tu bawa penyokong ramai-ramai tukang tepuk tangan menggambarkan bahawa beliau hebat dan berpengaruh, yang akhirnya akan memperlihatkan bahawa beliau seorang yang Hebat, Bijak, Berani dan ada pengaruh.

Targetnya ialah Disember ini, pemilihan UMNO yang mana harapan DASC ialah paling kurang dapat pencalonan MT UMNO dan memenangi jawatan itu yang memungkinkan beliau kekal dalam kabinet Pak Lah.

Kesimpulannya ialah, DASC bukannya bermatlamatkan untuk membela rakyat tetapi untuk kepentingan jawatannya dalam politik dan kerajaan, kalau untuk rakyat pastinya bukan beliau di situ untuk berdebat dengan DSAI kerana yang layak di situ paling kurang Menteri-menteri yang ga kewangan negara, bukannya Menteri yang hanya gila mencari publisiti bagi mengekalkan beliau dalam kabinet.

 

 


 


 
.

0 comments:

Duit Dari Rapid Share
Kali ni saya nak ceritakan tentang cara mudah buat duit online.
Memang genius la budak yg ciptakan cara ni. Memang jarang la
kita dapat tengok ciptaan buat duit internet ni dari orang Malaysia.
Kebanyakannya datang dari luar dan diciplak orang malaysia.
Program ini masih baru, so saya rasa sesuai sangat kalau 20 juta rakyat malaysia
join program ini.

Berminat?

OK, Program ini hanya sesuai utk golongan berikut:
1. Orang yg tak suka MLM
2. Orang yg tak suka jumpa orang buat direct Selling
3. Orang yg tak suka buat website
4. Orang yg tak suka taip panjang2 untuk tarik orang masuk
5. Orang yg pikir cara senang buat duit (buat dan tinggal je bende ni jalan)
6. Orang yg suka download lagu, gambar, movie apa2 je

Syarat2?
1. Kena ada computer/laptop
2. Paham serba sedikit tentang internet (check email, upload file)
3. Kreatif (tak semestinya terlalu kreatif)
4. Rajin online la dalam sejam sehari
Boleh orang yg macam saya yg suka tulis blog ni masuk?
Tentu boleh. Program ini dicipta dan diterang A sampai Z.

Dah berminat?
Tgk sini
Klik Sini
Nanti saya ceritakan lagi website2 yg bleh jana wang anda.
Biar saya cuba dulu yer...
Wassalam

Copyright © 2008 - Web Melayu Boleh - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template