DUNIA
Eksperimen Big Bang esok - Dibimbangi Bumi musnah
Dibimbangi Bumi musnah
GENEVA - Sekumpulan saintis tajaan Pertubuhan Eropah Bagi Penyelidikan
Nuklear (CERN) akan melancarkan satu eksperimen yang dibimbangi boleh
memusnahkan dunia, esok.
Eksperimen paling kompleks itu bertempat di dalam sebuah terowong
sepanjang
27 kilometer dan pada kedalaman 100 meter di bawah permukaan Bumi di
sempadan Perancis-Switzerland.
Ia cuba mengulangi teori Letupan Besar atau Big Bang yang menurut sains,
membawa kepada pembentukan alam semesta.
Eksperimen mega disifatkan sukar dan berbahaya yang dibiayai CERN itu
mendapat lampu hijau selepas persediaan hampir dua dekad dengan menelan
belanja AS$10 bilion (RM34.3 bilion).
Ia memerlukan kepakaran sekumpulan 5,000 saintis, jurutera dan
juruteknik
dari kira-kira 36 buah negara yang berusaha memasti-kan eksperimen itu
berjaya dilakukan.
BEBERAPA saintis melihat skrin komputer di pusat kawalan Pertubuhan
Eropah
Bagi Penyelidikan Nuklear (CERN) di Geneva pada Rabu lalu.
Sekumpulan saintis yang menyediakan mesin pemecut jirim terbesar
dikenali
sebagai Large Hadron Collider (LHC) itu turut menerima ancaman bunuh.
Menurut sebuah akhbar semalam, ancaman bunuh itu dihantar oleh
sekumpulan
pengkritik yang bimbang eksperimen tersebut mampu memusnahkan dunia.
Eksperimen yang menggunakan mesin itu akan memecut partikel proton
hampir
menyamai kelajuan cahaya bersamaan 186,282.397 batu sesaat.
Partikel tadi akan dihentam dengan partikel lain yang menghasilkan satu
letupan amat kuat mirip Big Bang.
Apabila pertembungan itu berlaku, saintis-saintis berharap ia dapat
menghasilkan semula keadaan ketika detik permulaan selepas Big Bang
iaitu
semasa alam semesta mula terbentuk.
TEROWONG yang menempatkan mesin pemecut jirim.
Bagi memastikan semua aspek berhubung letupan itu dipantau dan dirakam,
60,000 buah komputer akan digunakan.
"Ia akan menganalisis eksperimen itu seperti sebuah kamera digital
gergasi
berkapasiti 150 juta piksel dan berupaya merakam gambar pada kelajuan
600
juta kali sesaat," kata Ketua Eksperimen CERN, Ian Bird.
"Kami sedang membuka sempadan baru dalam bidang sains. Bagaimanapun,
teknologi, kaedah dan keputusan eksperimen itu akan diaplikasi dalam
bidang
industri," kata penyelia rangkaian komputer itu, Ruth Pordes.
Menurut teori Big Bang, alam ini pada asalnya bercantum padu, kemudian
berlaku satu letupan yang kuat pada 10 hingga 20 bilion tahun dahulu.
Hasil daripada letupan yang dinamakan Big Bang itu berlaku proses
pengembangan serta mewujudkan angkasa lepas, galaksi, matahari dan
seumpamanya.
Teori ini pada asalnya diutarakan oleh Albert Einstein dan dimajukan
oleh
pakar fizik Rusia, Alexander Friedmann.
Walaupun projek CERN itu dipercayai bermanfaat kepada tamadun manusia,
sekumpulan saintis telah memfailkan saman di Mahkamah Hak-Hak Asasi
Manusia
Eropah bagi menghalangnya.
Mereka bimbang projek CERN menghasilkan letupan di luar kawalan yang
dibimbangi lebih kuat daripada bom nuklear dan boleh mendatangkan
kemusnahan pada skala global.
BULATAN ini menunjukkan lokasi terowong bawah tanah yang menempatkan
mesin
pemecut jirim terbesar di dunia di sempadan Perancis-Switzerland.
Bagaimanapun, seorang profesor di Universiti Manchester yang turut
terlibat
dengan projek CERN, Brian Cox berkata, kebimbangan berhubung eksperimen
itu
adalah tidak berasas.
"Sesiapa yang berfikir bahawa mesin itu akan memusnahkan dunia adalah
mengarut," katanya.
Namun, bahaya mesin itu masih dianggap satu realiti kerana tiada siapa
yang
tahu secara terperinci sekuat mana tenaga yang dihasilkan apabila jirim
proton dalam sesuatu atom dimusnahkan. - Agensi
0 comments:
Post a Comment