Jawapan kepada yang mengutuk Petronas tu..baca kat bawah dulu!
Siapakah yang menaikkan harga minyak? PETRONAS ke Kerajaan?
Kenapa kita terlalu marah kat PETRONAS sebab minyak naik? SHELL, ESSO,
CALTEX dan beberapa lagi company asing kenapa tidak?Minyak syarikat ni
tak naik harga ke?
Tahukah anda 77% dari keuntungan PETRONAS dikembalikan kepada kerajaan,
hanya 23% sahaja PETRONAS ambik, Syarikat minyak asing bawak keuntungan
balik kampung dia, apa kita dapat?
30% pendapatan negara adalah sumbangan PETRONAS, kalau kita sebagai
rakyat Malaysia, melayu pulak tu kenapa kita tak sokong syarikat minyak
negara, kenapa, kenapa pergi isi minyak kat lain yang you belum tahu
keuntungan yang dia orang bawak balik kat negara dia orang buat
apa,....... pikirkan lah
Cari buku cerita berkenaan PETRONAS, kenapa ia ditubuhkan, bagaimana
sengsaranya PETRONAS untuk jadi seperti sekarang, malangnya kita sebagai
rakyat malaysia mencemuh PETRONAS, salahkan PETRONAS, kawan pikir
dalam-dalam, kalau PETRONAS tak ujudlah, hasil minyak dikawal syarikat
asing adakah kita dapat menikmati kemajuan yang ada sekarang ini?
pikirkan lah
Dengan 23% tulah PETRONAS guna untuk modal insan, menjana dan memajukan
perniagaan untuk mencari keuntungan untuk dikembalikankan kepada
kerajaan malaysia untuk generasi akan datang untuk bangsa kita, bayar
bonus tak banyak mana, bagi biasiswa kat pelajar malaysia, dah bertahun
saya dalam PETRONAS tak pernah pun dengar PETRONAS bagi bonus sampai 9
bulan, 13 bulan, membohong....... pekerjanya bukan orang lain orang kita
juga, saudara mara kita juga, kenapa mesti dengki? Inilah orang
kita.........PHD masih menguasai diri..... sedarlah.....
PLUS dapat bonus berbulan-bulan kenapa tak kecoh, Maybank pun sama,
kenapa tak kecoh, jawablah.....adalah lagi syarikat GLC yang bagi bonus
kat pekerja dia tak bising pun.....
Ingat bonus merupakan appreciation syarikat kepada pekerjanya yang gigih
bekerja untuk menjana keuntungan untuk diberi kat kerajaan Malaysia ,
mereka patut mendapatnya............... mari datang lawat loji PETRONAS,
macamana dia orang bekerja untuk dikembalikan keuntungan kepada
kerajaan......
Masa krisis ekonomi pada tahun 1998, kakitangan PETRONAS tak dapat
bonus, tiada kenaikan,.......Orang kerja kerajaan dapat bonus pulak, tak
adilkan tapi Kakitangan PETRONAS yang setia tetap bersama, tidak patah
semangat, nah kini masanya mereka menikmati apa yang diusahakan,.....
PETRONAS membantu BANK Bumiputra masa tu, kalau tak habislah......
selain tu PETRONAS pun membantu beberapa syarikat GLC lain.....apa lagi
yang you all nak PETRONAS buat........
77% yang diberi pada kerajaan tu bukan dibawah kawalan PETRONAS lagi,
terpulang kepada kerajaan dia nak buat apa, itu bukan urusan PETRONAS,
jadi apa yang berlaku sekarang, minyak naik, barang naik itu urusan
kerajaan yang memerintah sekarang...... jika anda berdaftar dengar SPR
anda layak memilih siapa yang anda mahu untuk menguruskan 77% tu ....
Kalau anda salah pilih jangan PETRONAS disalahkan.....
Tahu tak peranan kerajaan, kita pilih supaya dia orang ni menguruskan
hasil maksul bumi malaysia ni dengan berhemah, kalau tak betul urus,
tuan-tuan tahulah..... banyakkan membaca berita, surat khabar, yang
menyumbangkan maklumat yang tepat dan bernilai...................adakah
anda rasa cukai yang kita bayar, 77% dari PETRONAS diguna dengan
sebaik-baiknya.......Duit mana kerajaan guna bayar gantirugi jambatan
bengkok tak jadi tu, yang makan jutaan ringgit.........itu contoh,
banyak lagi yang u kena selidik...
Kempen jangan Merokok berapa dihabiskan, siapa dapat ? berkesan tak? Itu
contoh, cuba tengok sekeliling anda macam-macam buat tapi hasil tak
de..... membazir je duit, kelapa muda lah, burung puyuh lah,
macam-macam........ pastu jadi ape? ...adakah salah PETRONAS? Kalau
tuan-tuan tengok berapa banyak duit rakyat dibazirkan, yang sepatutnya
boleh dimanafaatkan ketempat yang sangat memerlukan.....
Keluarga saya pun kerja kerajaan, you tau tak ada kontraktor buat kerja
kat pejabat kerajaan tak berapa sen tapi claim beribu-ribu, tak sepadan
dengan kerja tu pun, kenapa ini berlaku, .... ini contoh macam mana duit
rakyat dibazirkan...pikirkanlah
PETRONAS adalah business entity macam syarikat GLC yang lain, Cuma
pendapatannya besar sikit dari yang lain, tak kan sebab tu PETRONAS nak
dikutuk? Kenapa kita tak mintak syarikat GLC lain main peranan dalam
keadaan sekarang, bagi air percuma ke? Letrik percuma ke, kerajaan
tempatan hapuskan cukai pintu ke? Bolehlah kurangkan beban rakyat, duit
untuk bayar benda alah tu boleh guna untuk duit minyak, ni tak........
PETRONAS yang disalahkan.
Ni sapa yang memandai kata PETRONAS jual minyak gred C..... tuan-tuan
saya bagi contoh air sungai lah, air sungai pahang agak bersih kita
rawat sehingga menepati standard air minum yang ditetapkan, tapi
prosesnya tidaklah rumit untuk mematuhi standard berbanding rawatan air
sungai kelang yang kotor untuk mencapai standard yang sama, prosesnya
agak komplek dari proses air sungai pahang tapi diakhirnya kedua-dua
kualiti air ni menepati standard yang sama bila sampai pada pengguna.
Jadi apa yang saya nak bagi tau adalah, standard minyak ni telah
ditetapkan satu dunia, katakan standard AA, mana-mana producer minyak
kena menepati standard ni, tak kira minyak mentah tu gred C ke, A ke B
ke, waima gred Z sekali pun, bila proses mesti semuanya menepati
standard AA. Memang betul ada loji PETRONAS memproses minyak mentah gred
rendah tapi prosesnya kompleklah sikit berbanding minyak mentah gred A.
Hasilnya tetap sama standard.
Saya pun study ekonomi, business strategy, financing, saya berani
challenge u all, semua syarikat tak kira ape, mementingkan keuntungan,
mana mana ada peluang buat untung dia buat untung, itulah syarikat
business entity, ada ke you dengar syarikat nak buat rugi, tak de kan,
kalau ada baik tak payah niaga.
Minyak mentah kita nilai harganya tinggi dan adalah lebih baik dijual,
kita dapat pulangan yang besar, then kita beli minyak mentah yang murah
kita proses, jadi lepas tolak modal gedebak gedebuk kita boleh jual
produk pada harga sama produk yang dihasilkan dari minyak
bersih....dengan ini margin keuntungan agak besar.
Contoh harga minyak mentah gred A USD300 setong, lepas proses jadi
petrol USD600 setong, tolakkan USD600 dengan USD300, jawapannya USD300
itulah untungnya,
Bandingkan pula minyak mentah gred C dibeli dengan harga murah USD100
setong, lepas proses jadi petrol harganya sama USD600 setong juga, so
cuba tolak USD600 dengan USD100, jawapannya USD500, kan jauh bezanya nya
tu... walaupun nak prosesnya leceh tapi pulangan lumayan. Keuntungannya
kita kembalikan kepada kerajaan malaysia untuk buat sekolah, gaji
kakitangan kerajaan, jalanraya , infrastruktur untuk keselesaan rakyat
dan sebagainya...........
Sapa kata minyak Caltex @ Mobil/Esso @ Shell. paling bersih, mai datang
sini u tengok, lori tangki dia orang datang ambik kat sini yang proses
minyak mentah gred C, apa lu cerita, hasil dari minyak mentah gred C ni
juga lah kita eksport sampai ke Europe, China, India...... dan
sebagainya. Kalau nak tau datang sini kita tunjukkan buktinya,
dengar-dengar cakap orang ni banyak tak betul. Buktikan yang you kata
kajian syarikat pengeluar kereta bukan nasional kata minyak PETRONAS
kotor, kalau tak de bukti jangan cakap.....
Ni nak tanya u all, berapa banyak untung jual minyak mentah dari telaga
di Malaysia ni? Ciput jer tuan-tuan, keuntungan PETRONAS banyak dari
perniagaannya di luar negara tau tak. Nak proses minyak ape nyer kat
sini, sumber dah nak habis, kena lah beli minyak mentah dari luar untuk
kesinambungan operasi pengeluaran minyak PETRONAS, pegilah mana-mana
negara pengeluar minyak, macam indonesia lagi banyak minyak dari
malaysia tapi harga produk minyak naik juga kat negara dia orang, apatah
lagi malaysia.... Kita ada proses minyak dari malaysia yang dikatakan
gred A, tapi taklah banyak, statement kata semua hantar keluar negara
tak betul, mamat mana punya infolah ni...
Akhir sekali saya nak simpulkan kat sini sebagai rakyat malaysia, warga
PETRONAS
1. Cerita kat bawah tu merapu..........banyak tak betulnya...
2. Duit anda, you beli minyak PETRONAS kemudiannya PETRONAS bagi
balik keuntungan tu kat kerajaan malaysia (rakyat malaysia) yang mungkin
bapa, cucu, adik, abang, sedara mara anda. Pembangunan malaysia untuk
rakyat malaysia. Atau you beli minyak dari syarikat asing yang kemudian
keuntungannya dia bawak balik ke negara dia orang dan anda tak dapat
ape-ape. Bacalah sejarah negeri melaka semasa belanda, portugis
memerintah dulu, hasil maksulnya semua dibawa balik ke negara mereka.
Duit anda, pilihan anda, anda yang menentukan macam ngundi juga,
Fikirlah sekiranya anda waras.
3. Jika kita tidak sokong PETRONAS, kerana sikap anda akhirnya
PETRONAS tidak ujud lagi, siapa akan sumbang 30% pendapatan negara untuk
pembangunan negara anda. Renungkan......
4. Kenaikan harga minyak adalah hak kerajaan menentukan TIADA kena
mengena dengan PETRONAS. Tanya kerajaan mana duit yang banyak-banyak tu
pergi jangan tanya PETRONAS.
5. Bacalah sejarah kejatuhan Melaka oleh belanda & portugis,
penubuhan PETRONAS, akta petroleum, fahamkan, insyaallah anda akan sedar
pentingnya PETRONAS kepada malaysia.
Kalau nak bercerita amatlah panjang, saya cuma ingin mengajak anda
sama-sama berfikir, renungkan, fahamkan, janganlah kerana nyamuk kelambu
dibakar. Anda rakyak malaysia, negara malaysia adalah negara anda, di
sini anda lahir, membesar, dan mungkin berkubur. Contoh :setiap
pembelian RM10.00 minyak PETRONAS, ia bererti anda menyumbangkan RM 7.70
sen kepada negara, RM 2.30 kepada PETRONAS. Kalau anda sayangkan
keluarga, generasi dan negara anda, fikirlah sekali lagi. Semoga
penjelasan ini dapat memberi sedikit kefahaman kepada anda..........kami
warga PETRONAS juga seperti anda merasa perit atas kenaikan harga minyak
tapi apa nak buat.........
________________________________
-----Original Message-----
From: ?????
Sent: Thursday, June 12, 2008 2:17 PM
To: Undisclosed-Recipient:;
Subject: Fw: Boikot Minyak Petronas....(Kisah Sebenar....)
Wahai warga mekatronik sekelian.... .hebahkanlah cerita benar ini kpd
rakan2 anda sekelian mengapa perlu boikot minyak petronas.... .
Sebenarnya semua warga malaysia kena tipu dengan dasar kenaikan harga
minyak ni..baru2 ni kenaikan harga minyak sebanyak RM0.78.Tinggi
tuuuuu.Mengapa kita perlu menaikkan harga minyak setinggi tuuuuuuu....
Haaaaaa ini lah yang warga malaysia tak tahu.... Sebenarnya kita ni
duduk je Malaysia...tapi minyak yang kita cari gali kat trengganu dan
Srawak tu, kita tak penah pakai pun...Minyak yang kita gali tu ialah
minyak Gred A...Diulangi Minyak Gred A.......semua minyak tersebut
dijual keseluruhannya keluar neg ara ...jadi petronas telah beli pulak
minyak gred C...Diulang Gred C.....untuk digunakan dimalaysia dan
diletak logo Petronas.... dalam kajian oleh syarikat2 kereta yg bukan
keta nasional, bahawa minyak petronas ini adalah minyak paling kotor
sekali...maklumlah minyak gred C.
Minyak yang paling bersih adalah minyak Caltex @ Mobil/Esso @ Shell.
Mengapa minyak tersebut lebih bersih??? Sebab minyak tersebut adalah
dari gred B...Inilah yg rakyat malaysia tak tahu...kenaikan harga
minyak disebabkan kenaikan harga minyak dunia yang dikawal oleh US yg
mana setong hampir mencecah usd130.00..Semua orng tertanya-tanya
mengapa kita neg ara peneluar minyak kena mengikut harga minyak dunia
kan .. Itu lah ant ara sebab2 nye...
Untuk pengetahuan anda semua...semasa kenaikan harga minyak dari RM
1.62 kepada RM1.92 anda pasti pernah menerima E-mail yang
mengatakan "isilah minyak petronas ramai-ramai. Jika semua rakyat
malaysia isi minyak petronas, harga minyak tidak akan naik"...Semua e-
mail tersebut adalah mengarut.Anda semua kena tipu.....Minyak tetap
naik jugak kan....Sebenarnya yang untung paling besar adalah
sebahagian orang2 besar kat atas tu dan org2 yang bekerja dengan
petronas...sebab bila reramai isi minyak petronas, makin besar lah
untung petronas...bila makin besar untung...makin besar lah bonus
yang orang2 petronas dapat...Tahun lepas sahaja bonus org2 petronas
dapat ant ara 6-13 bulan bergantung pada perkhidmatan. ..Tapi yang
petronas istihar ialah 2 bulan bonus sahaja...Bonus yang selebihnya
diletakkan atas nama saguhati....
mengagihkan sama rata kepada rakyat....Cerita ini bukan rekaan
tetapi cerita ini aku perolehi sendiri dari abg ipar aku yg bekerja
di KLCC. Dia yg menguruskan sendiri Jualan minyak Gred A kita keluar
dan membeli Minyak Gred C untuk di pakai di malaysia...masa aku
dengar dia bercerita menyirap jugak d ara h aku bila dia cakap "bonus
aku tahun ni 9 bulan (masa tu tahun 2007)"dah la gaji dia rm
6+++...Siapa yang keja kerajaan tahun 2007 mana ada bonus....Pasal
Peraduan Car Craze......yang menang tu semua org yg senang2 dan ada
contribute dgn petronas...apa salahnya kalau petronas kurangkan harga
minyak RM 0.20 keee tapi takde pertandingan Car Craze...Semua rakyat
dapat rasa..ni tidak...dahla jual minyak gred C....Pas tu nak tarik
ramai orang isi minyak petronas dengan peraduan mcm tu...aku bukan
nak kondem petronas tetapi aku rasa terkilan ditipu buta2 dengan c ara
demikian.Selama ni aku isi minyak petronas nak support produk
malaysia...tetapi setelah aku tahu aku terus betukar ke minyak Caltex
@Mobil/Esso dan skang ni sudah 7 bulan aku tak isi minyak petronas.
dan aku dpat rasakan minyak tersebut lagi menjimatkan. .Terpulang pada
warga mekatronik untuk mengisi minyak yg anda suka kerana duit
tersebut adalah duit anda...
0 comments:
Post a Comment